13 August 2013

Aidilfitri 2013

Tahun ni semua adik beradik beraya di Kuala Lipis bersama bonda tercinta. Setelah dua tahun pemergian ayahanda tercinta ini kali pertama kami berkumpul semua adik beradik di Kuala Lipis.



Sepupu


Tok Mek dan cucu-cucunya






Bakal Imam Muda


Ahli paling kecil

16 February 2013

Kolam Ikan

Bising dengan permintaan anak-anak untuk membuat kolam ikan seperti di rumah jiran-jiran, aku nekad untuk membina kolam ikan berpandukan blog-blog di internet. Baru je gali sekejap hujan pun turun, maka terbengkalailah sekejap projek seketika.

22 December 2012

Jalan-jalan cuti sekolah






















Alhamdulillah, tahun ini dapat bawa anak-anak pergi bercuti jauh sedikit berbanding tahun lepas. Bermula dengan Cameron Highland. Bertolak dari rumah sebelah pagi tetapi disebabkan ada urusan yang perlu diselesaikan terpaksa singgah di HSNZdan selepas itu barulah bertolak ke CH lebih kurang pukul dua petang. Melalui jalan berliku Tasik Kenyir dan jalan ladang kelapa sawit Areng memenatkan terutama si kecil yang berusia enam bulan. Tiba di Gua Musang lebih kurang jam 5 petang. Solat dan terus mendaki CH dan sampai di Tanah Rata lebih kurang jam 8 malam. Pertama kali ke CH dengan hujan dan jalan berliku, namun alhamdullillah selamat sampai.
Keesokkannya ronda-ronda di CH dan lebih kurang 3 petang turun ke Ipoh dan bermalam di Ipoh. Esoknya layan anak-anak mandi di Lost world of Tambun hingga petang. Jam 5 petang bertolak ke KL. Berehat di KL 2 malam. Pagi sabtu ke MAHA. setelah penat berjalan terus ke rumah bonda di Kuala Lipis.

14 October 2012

Ikan

 Arowana Super Highback Golden. Sekarang ni dah 9 inci
 Banjar Red. Arowana pertama.
Flower Horn yang dibela sejak kecil terpaksa di letakkan di kedai ikan kerana tempatnya di ganti dengan arowana.

Aidilfitri 2012


Dah lama tak menulis di blog ni. Gambar-gambar ini sebenarnya diambil beberapa hari selepas aidilfitri, kerana masa raya tu tak sempat nak ambil gamabar. Tapi macam hari raya juga lah sebab pakai baju raya. Masa ni Damia dah 3 bulan lebih.

10 June 2012

Damia Qaisara

7 Hari

17 Hari

Cahaya mata yang ke empat dilahirkan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu pada 21 Mei 2012 di HSNZ Kuala Terengganu.

26 March 2012

Lamaaa

Dah lama tidak mengemaskini blog ini. Tiada kesempatan kerana kerja rasmi semakin hari semakin meningkat.
Lilypie
Lilypie
Lilypie

Seribu Kenangan